Waspada akaun media sosial palsu guna nama Menteri Kerja Raya

10 Jul 2024 • 2:45 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Alexander turut berkongsi tangkap layar akaun media sosial palsu yang menggunakan namanya iaitu @alexander_nanta_linggi.

KUALA LUMPUR - Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi meminta orang ramai untuk berwaspada dengan beberapa akaun media sosial palsu yang menggunakan namanya.

Beliau yang kesal dengan tindakan tidak bertanggungjawab itu berkata, perbuatan tersebut bukan sahaja boleh menimbulkan kekeliruan, malah akan disalahgunakan dan memperdayakan orang awam.

"Saya ingin menasihati semua pengguna media sosial supaya tidak mempercayai maklumat palsu tersebut dan hanya mengikuti akaun rasmi," katanya menerusi hantaran di Facebook rasmi beliau pada Rabu.

Alexander juga meminta orang ramai agar melaporkan sebarang akaun mencurigakan yang menyamar sebagai Menteri Kerja Raya atau Ahli Parlimen Kapit.

Menerusi hantaran itu, Alexander turut berkongsi tangkap layar akaun media sosial palsu yang menggunakan namanya iaitu @alexander_nanta_linggi. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved