Waspada dengan scammer tawar khidmat tebus tunai eMadani: MOF

Business & Finance
4 Dec 2023 • 12:19 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR — Kementerian Kewangan (MOF) menasihati orang ramai berwaspada dengan tawaran perkhidmatan penebusan tunai (cash-out) atau pemindahan 'peer-to-peer' kredit eMadani oleh pihak tidak bertanggungjawab di platform media sosial.

Dalam satu kenyataan, MOF berkata, ia bagi mengelak penerima manfaat eMadani daripada menjadi mangsa penipuan 'scam', sekali gus hilang kredit eMadani mereka.

Tegasnya, MOF tidak akan bertanggungjawab jika terdapat sebarang kehilangan kredit akibat pemindahan peer-to-peer atau penebusan tunai.

“Kerajaan akan mengambil langkah tegas termasuk menyekat akaun yang terlibat dan melucutkan hak kredit penerima eMadani jika terdapat laporan bagi mana-mana kes yang melibatkan pemindahan 'peer-to-peer atau penebusan tunai.

“Program Madani diluncurkan bertujuan untuk menggalakkan ekonomi digital dan memupuk budaya pembayaran tanpa tunai,’’ katanya.

Bantuan e-wallet RM100 merupakan inisiatif terbaharu yang diumumkan kerajaan bagi golongan B40 dan M40 yang berpendapatan RM100,000 ke bawah.

Ia disalurkan antara 4 Disember sehingga 20 Februari 2024.

MOF juga memaklumkan bahawa kredit Madani tidak boleh digunakan antaranya bagi pemindahan peer-to-peer atau penebusan tunai.

“la hanya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal melalui e-dompet yang terlibat laitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch 'n Go eWallet atau QR DuitNow di 1.8 juta peruncit/perniagaan di seluruh negara,’’ katanya.

Pendaftaran program MADANI dibuka mulai hari ini sehingga 20 Februari 2024 dan akan memanfaatkan seramai 10 juta rakyat dewasa yang layak, meliputi golongan B40 dan M40. – 4 Disember, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved