Waspada, Hujan Lebat Diramal Landa Di Kebanyakan Negeri Malam Ini

LocalEnvironment
20 Oct 2026 • 9:48 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Waspada, Hujan Lebat Diramal Landa Di Kebanyakan Negeri Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan beberapa kawasan di 12 negeri sehingga jam 11 malam ini.

Menerusi amaran yang dikeluarkan, negeri yang terlibat ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

Hujan Lebat Di Beberapa Negeri

Di utara Semenanjung, amaran meliputi seluruh Perlis dan Pulau Pinang, manakala di Kedah membabitkan Bandar Baharu, Kuala Muda, Padang Terap, Kubang Pasu, Kulim, Baling dan Sik.

Seluruh Perak dan Kelantan turut disenaraikan dalam amaran tersebut.

Sementara itu, di Terengganu, kawasan yang dijangka terjejas ialah Besut, Setiu dan Hulu Terengganu.

Di Pahang pula, amaran melibatkan Pulau Tioman, Bentong, Temerloh, Lipis, Cameron Highlands, Raub dan Rompin.

Amaran turut menyenaraikan Sabak Bernam dan Hulu Selangor di Selangor, selain Jelebu, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin di Negeri Sembilan.

Bagi Johor, amaran ribut petir dan hujan lebat tertumpu di Mersing.

Di Sarawak, kawasan terlibat ialah Tatau di bahagian Bintulu; Bukit Mabong, Song dan Kapit di bahagian Kapit; Selangau dan Kanowit di bahagian Sibu; serta Julau di bahagian Sarikei.

Sementara itu, di Sabah, amaran meliputi bahagian Sandakan serta Ranau di bahagian Pantai Barat.

Baca juga:

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved