Waspada, jangan terjerat! Janji Manis Scammer #Scam

Personal Finance
9 Oct 2023 • 8:00 AM MYT
Zakiyah Zahari
Zakiyah Zahari

A new freelance writer eager to dive into the world of words.

Image from: Waspada, jangan terjerat! Janji Manis Scammer #Scam
Contoh pakej pelaburan yang akan ditawarkan oleh scammer. Gambar oleh Zakiyah Zahari

Penipu, atau lebih dikenali sebagai ‘scammer’ adalah merupakan seseorang atau sekumpulan organisasi yang menjalankan aktiviti penipuan samada dalam talian mahupun secara depan-depan. Kegiatan scammer ini bertujuan untuk mendapatkan uang, informasi pribadi, atau aset berharga dari orang lain dengan cara yang curang atau ilegal. Pelbagai metode digunakan oleh scammer untuk mencapai tujuan mereka, termasuk penipuan online, telepon, email, atau pesan teks.

Antara penipuan yang kerap berlaku dalam kalangan masyarakat adalah, penipuan berkaitan dengan pelaburan , termasuk skim pelaburan piramid yang menawarkan untung yang banyak dalam masa yang singkat. Skim pelaburan piramid ini juga menjanjikan penawaran yang sangat menarik dimana jika individu berjaya mengajak atau menyakinkan lebih ramai pihak maka untung yang diperolehi akan berganda-ganda. Scammer mungkin mencuba memasukkan mangsa ke dalam kelompok atau komunitas yang berbagi pandangan positif tentang investasi tertentu. Ini dapat memberi mangsa rasa aman dan memaksa mangsa untuk mempercayai perkara yang tidak benar dan palsu.

Jumlah untung yang begitu banyak dan berganda-ganda semestinya akan menarik minat individu untuk melabur. Individu yang berminat akan terus melakukan pemindahan wang tanpa memeriksa kesahihan pelaburan ini. Namun, penipuan ini tidak berhenti disini . Scammer akan meminta mangsa untuk melakukan transaksi kali kedua dengan pelbagai alasan seperti, pembayaran yuran, pembayaran penukaran mata wang, pending dan sebagainya. Dari pengalaman saya, scammer biasanya akan menggesa mangsa untuk melakukan transaksi kepada akaun bank mereka secepat mungkin supaya mangsa dapat menerima untung secepatnya. Tanpa mangsa sedar , mangsa telah terlibat dengan pelaburan online yang tidak jelas dan secara tak lansung kehilangan wang mereka begitu sahaja.

Image from: Waspada, jangan terjerat! Janji Manis Scammer #Scam
Antara janji manis Scammer. Gambar oleh Zakiyah Zahari

Scammer pelaburan menggunakan pelbagai cara untuk melakuakan penipuan dan mendapatkan apa yang mereka mahu. Ada sesetengah dari mereka cuba menipu orang lain untuk memberi mereka wang dengan berpura-pura menjadi pakar pelaburan. Mereka melakukan ini dengan membuat janji yang tidak benar, menggunakan taktik emosi, atau memberikan maklumat yang mengelirukan. Sangat penting untuk orang ramai membuat penyelidikan terhadap sesuatu organisasi dan menyemak sama ada pelaburan itu benar sebelum melakukan apa jua jenis pelaburan sekalipun.

Jika seseorang menawarkan sesuatu yang kelihatan terlalu bagus untuk menjadi kenyataan, seperti indah khabar dari rupa ia mungkin tidak benar dan boleh menjadi tipu daya si scammer. Sentiasa berhati-hati dan beri perhatian semasa melabur wang anda. Taktik scammer yang paling mudah untuk kita sebagai pengguna internet ketahui adalah , mereka akan meminta wang dalam jumlah yang sedikit dahulu , kemudian akan meningkat jumlah transaksi secara perlahan-lahan. Scammer mungkin cuba menipu individu dengan membuat mangsa berasa sangat teruja tentang sesuatu yang mereka mahu mangsa lakukan dengan wang mangsa. Mereka mungkin mengatakan ia adalah peluang yang sangat istimewa yang tidak akan datang lagi atau berjanji untuk menjadikan semua impian wang mangsa menjadi kenyataan. Mereka juga mungkin membuat cerita tentang orang lain yang benar-benar kaya dari perkara yang sama. Tetapi berhati-hati kerana mereka mungkin tidak bercakap benar dan hanya mahu mengambil wang anda!


Image from: Waspada, jangan terjerat! Janji Manis Scammer #Scam
Hantar artikel/video berkaitan #Scam dan menangi hadiah sebanyak RM9,500! Ketahui lebih lanjut di sini.

Zakiyah Zahari adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi Newswav.