
PUTRAJAYA - Rakyat di Johor terutamanya sekitar Mersing dan Pengerang dinasihati agar lebih berwaspada kemungkinan menghadapi bencana banjir akibat luruan Monsun.
Jurucakap Kerajaan, Fahmi Fadzil berkata, amaran hujan lebat telah dikeluarkan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) di selatan semenanjung, Sabah dan Sarawak sehingga Ahad ini.
"Peringatan kepada warga yang berada di Johor terutama di sekitar Mersing, Pengerang untuk berhati-hati.
"Juga rakyat di Sarawak dan Sabah untuk sentiasa bersiap sedia menghadapi kemungkinan berlaku banjir akibat luruan Monsun," katanya.
Beliau berkata demikian menerusi sidang akhbar mingguan pasca mesyuarat Kabinet, di sini pada Rabu.
AKAN MENYUSUL
