Waspada kenderaan mewah harga murah: JPJ

LocalCars
13 Dec 2024 • 2:39 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Azmie Lim

LAHAD DATU: Orang awam, khususnya di Sabah, dinasihatkan agar berwaspada dan tidak terpedaya dengan tawaran membeli kenderaan mewah dengan harga murah, yang dipercayai kereta klon dari Brunei.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sabah, Mohd Harris Ali berkata, orang awam perlu sedar bahawa harga yang ditawarkan sebenarnya tidak mencerminkan realiti kerana tiada kenderaan mewah yang dijual pada harga rendah.

Advertisement“Orang awam dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati. Jangan terlalu seronok apabila menerima tawaran yang seumpama ini.

“Buat pemeriksaan untuk memastikan bahawa kenderaan tersebut sah untuk dibeli,” katanya.

SPONSORED CONTENT Shell Sabah Deepwater Production Manager Earns Unsung Hero Award Daily Express had the opportunity to interview Musti whose story reflects the power of determination and resilience. Read more Menurut Mohd Harris, JPJ mempunyai pasukan penguatkuasa yang membuat risikan dan kalau diikutkan, tahun ini pihak JPJ ada membuat serbuan berkaitan kenderaan klon di Kota Kinabalu.

Bagaimanapun, katanya, tiada tangkapan dibuat pada masa kini kerana mereka telah dapat menghidu tindakan pihak penguatkuasa.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Kita akan sentiasa mendapatkan maklumat daripada kita punya cawangan dan kita akan kenal pasti.

“Isu ini akan sentiasa diambil berat oleh JPJ,” tambahnya.