
BEAUFORT: Ketua Polis Daerah DSP Ismail Abdullah menasihatkan kepada orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan individu mengaku peguam bagi pihak syarikat Singer, dengan menuntut bayaran kononnya mereka masih berhutang.
Beliau menasihatkan mana-mana pihak agar merujuk kepada polis terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi meragukan.
Ismail menegaskan polis tidak akan sesekali menjadi orang tengah dalam pengurusan mana-mana hutang syarikat atau individu.
Beliau menjelaskan, penipu ini menjalankan tipu dayanya dengan menuntut hutang yang dibuat oleh pihak tertentu.
SPONSORED CONTENT The Logg Luyang Honored with Integrated Development Excellence Award at SHAREDA 2024 Kota Kinabalu: Kota Kinabalu, 30th September 2024 – The Logg, a premier development by K.T.I Sdn Bhd, a wholly owned subsidiary of KTI Landmark Berhad., has been awarded the prestigious Integrated Development Excellence Award at the 2024 SHAREDA (Sabah Housing and Real Estate Developers Association) event. Read more “Dan jika tidak dibayar, mereka mengugut akan membekukan akaun simpanan mangsa dengan menyatakan Akta Sewa Beli 1967 (Akta 212).
“Kami menerima beberapa aduan mengenai hutang yang tidak pernah wujud dan ugutan membekukan akaun simpanan,” katanya.
Salah seorang pengadu Abd Sani Mokjin telah membuat aduan pada 11.46 pagi Rabu selepas menerima satu panggilan nombor 017-7337592 daripada seorang bernama James, yang mendakwa mewakili Singer.
Individu tersebut menyatakan nama, nombor peribadi beliau serta notis tuntutan hutang sebanyak RM6,430.
Abd Sani telah pun melunaskan hutangnya 15 tahun lalu di mana penama Tini @ Fatimah Ahmad menggunakan namanya.
“Mereka berani menggunakan nama Ibu Pejabat Polis Beaufort sebagai perantara dan seorang pegawai bernama Kpl Zara dengan unsur ugutan bagi pihak Singer.
“Pengadu datang ke IPD dan mendapati tiada Kpl Zara di situ. Setelah memastikan perkara itu, pengadu terus datang ke Balai Polis Beaufort untuk membuat laporan polis untuk perhatian pihak Singer dan CelcomDigi,” katanya.
Sebelum itu, polis juga menerima aduan daripada seorang wanita bernama Norhayani Awang pada 19 Sept lepas, yang menerima pesanan WhatsApp dari nombor 017-5534007 kira-kira 9.26 pagi dan mengaku dari pasukan guaman Singer, menyatakan tuntutan sebanyak RM560 atas saman tidak dibayar.
Penipu itu menyatakan pengadu (Norhayani) mesti membayar sebelum atau pada hari itu juga bagi penangguhan notis pembekuan akaun simpanannya. Seperti Abd Sani, memang benar Norhayani pernah berhutang, tetapi sudah melunaskannya pada 2019.
Dia membuat laporan polis di balai dan membawa salinan laporan itu ke Kementerian Pengguna Dalam Negeri (KPDN) untuk siasatan lanjut.
“Menurut jurucakap KPDN, mereka menjalankan siasatan sehingga dua pegawai Singer Kota Kinabalu hadir ke pejabat KPDN dan menafikan mereka membuat tuntutan itu.
“Ini jelas perbuatan ‘scammer’ yang sengaja menuntut bayaran dan menakut-nakutkan dengan mengugut orang ramai,” katanya.
Polis menasihati orang ramai agar lebih berhati-hati kerana mereka berkemungkinan kehilangan semua simpanan mereka kepada penipu.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.


