
Waspada, Ribut Petir Dan Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Negeri Hingga Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di kebanyakan negeri sehingga jam 7.00 malam ini.
Menurut MetMalaysia, ribut petir dan hujan lebat dijangka akan melanda di seluruh negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Di negeri Pahang, kawasan yang terlibat adalah Tanah Tinggi Cameron, Raub, Bentong, Temerloh, Bera dan Rompin. Manakala, di Negeri Sembilan pula melibatkan daerah Jelebu dan Jempol.
“Bagi negeri Johor, ia melibatkan daerah Segamat, Mersing dan Kota Tinggi.
“Sementara di Sarawak pula hanya menjejaskan satu daerah iaitu di Limbang (Lawas),” kata MetMalaysia.
Di samping itu, Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat di Sabah juga turut mengalami keadaan cuaca yang sama.
Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan mengelakkan diri dari berada di kawasan yang berisiko dinaiki air.
Tidak cuma itu, bagi yang pulang dari tempat kerja, berhati-hati ketika memandu di jalan raya.
Sumber: MetMalaysia
The post Waspada, Ribut Petir Dan Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Negeri Hingga Malam Ini appeared first on Siakap Keli.

