Waspada, Ribut Petir, Hujan Lebat Di Kebanyakan Negeri Petang Ini

LocalEnvironment
9 Nov 2026 • 4:10 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Waspada, Ribut Petir, Hujan Lebat Di Kebanyakan Negeri Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa kawasan membabitkan sembilan negeri serta tiga Wilayah Persekutuan sehingga jam 6 petang ini.

Hujan Lebat Di Beberapa Negeri

Menerusi amaran yang dikeluarkan, keadaan cuaca tersebut dijangka berlaku di Pulau Pinang melibatkan daerah Barat Daya dan Timur Laut.

Di Perak, kawasan yang terlibat ialah Muallim, Batang Padang, Kampar, Kinta, Hilir Perak, Bagan Datuk dan Kuala Kangsar.

Sementara itu, di Pahang, amaran meliputi daerah Bera, Bentong, Temerloh dan Raub.

Amaran sama turut melibatkan Selangor, Melaka serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Bagi Negeri Sembilan, kawasan yang dijangka mengalami ribut petir dan hujan lebat ialah Port Dickson, Seremban, Jelebu, Kuala Pilah dan Rembau.

Di Johor pula, amaran melibatkan Tangkak, Muar, Kota Tinggi, Johor Bahru, Pontian, Kulai, Kluang dan Batu Pahat.

Beralih ke Sarawak, kawasan yang terlibat ialah Serian (Tebedu dan Siburan), Samarahan (Samarahan), Kuching, Betong, Sri Aman (Lubok Antu), Sarikei, Mukah, Sibu, Kapit (Song), Bintulu (Tatau).

Di Sabah, amaran membabitkan bahagian Sandakan (Tongod), Pedalaman (Sook, Keningau, Membakut, Pensiangan, Beaufort, Kuala Penyu, Sipitang dan Tenom), Pantai Barat (Papar, Tuaran, Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan), Tawau (Tawau dan Kalabakan).

Baca juga:

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved