Waspada Taktik Penipuan Eksploitasi Suara – Polis

LocalPolitics
13 Dec 2025 • 4:14 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Waspada Taktik Penipuan Eksploitasi Suara – Polis

KUALA LUMPUR, 13 Disember (Bernama) — Polis menasihatkan orang ramai supaya berwaspada terhadap panggilan tidak dikenali yang mematikan talian secara tiba-tiba atau tidak mengeluarkan sebarang suara kerana tindakan terbabit berpotensi digunakan bagi tujuan eksploitasi suara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Rusdi Mohd Isa berkata setakat ini pihaknya belum menerima laporan berkaitan dakwaan mangsa menerima panggilan kosong, dirakam suaranya dan suara itu digunakan melalui aplikasi kecerdasan buatan (AI) bagi menipu kenalan mereka.

“Bagaimanapun, orang ramai perlu mengambil langkah berhati-hati dan digalakkan untuk tidak menyebut maklumat peribadi ketika menerima panggilan mencurigakan serta membuat pengesahan dengan talian rasmi sekiranya menerima panggilan yang mendakwa melibatkan pihak berkuasa atau institusi kewangan.

“Sebarang panggilan atau mesej meragukan hendaklah segera dihentikan dan dilaporkan kepada polis,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi.

Beliau berkata demikian bagi mengulas perkongsian Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur berkaitan taktik terbaharu penipuan.

BACA: Kilang Plastik Di Puncak Alam Terbakar Tengah Hari Tadi

BACA: Polis Buka Kertas Siasatan Video Tular Treler Bawa Helikopter

Sumber: Bernama

The post Waspada Taktik Penipuan Eksploitasi Suara – Polis appeared first on Siakap Keli.