Waspada terima panggilan dakwa 'pegawai CyberSecurity Malaysia'

LocalTechnology
1 Dec 2024 • 1:10 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
CSM tidak pernah meminta maklumat peribadi atau maklumat kewangan daripada orang ramai melalui panggilan telefon. Foto hiasan

KUALA LUMPUR - CyberSecurity Malaysia (CSM) meminta orang ramai berwaspada dengan panggilan telefon yang mendakwa mereka pegawai agensi itu dan meminta maklumat peribadi pemanggil.

CSM dalam kenyataan hari ini menegaskan mereka tidak membuat panggilan sedemikian kepada orang ramai, namun dimaklumkan banyak panggilan seperti itu dibuat pihak tidak bertanggungjawab muktahir ini.

"Orang ramai juga diminta berwaspada dengan panggilan telefon yang mendakwa pemanggil dari Unit Kawalan Keselamatan atau Security. Panggilan ini bukan daripada pegawai kami, malah unit tersebut juga tidak wujud di CSM.

"Pihak kami tidak pernah meminta maklumat peribadi atau maklumat kewangan daripada orang ramai melalui panggilan telefon. Justeru, kami menggesa orang ramai supaya berwaspada,” menurut kenyataan itu.

CSM memaklumkan pihak terlibat memberi pelbagai alasan seperti nombor telefon penerima panggilan (mangsa) telah melanggar undang-undang keselamatan atau nombor telefon akan disekat kerana terlibat dengan penyebaran berita tidak sahih.

Antara alasan lain ialah nombor telefon mangsa terlibat dengan aktiviti scam (penipuan) menyebabkan banyak aduan diterima, digunakan untuk judi dalam talian atau penjualan saham atau sebaran maklumat palsu.

Orang ramai yang menerima panggilan seperti itu boleh membuat laporan di cyber999@cybersecurity.my. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved