Waspada WhatsApp palsu individu menyamar sebagai MB

3 Aug 2022 • 12:14 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 3 OGOS: Dato’ Menteri Besar meminta semua berwaspada dan tidak terpedaya dengan kegiatan pihak tertentu di aplikasi WhatsApp menggunakan nama dan gambarnya.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata ia adalah akaun palsu yang digunakan dengan tujuan memerangkap mangsa.

“Saya dimaklumkan ada pihak tidak bertanggungjawab menggunakan nama dan gambar saya bagi melakukan aktiviti penipuan di aplikasi WhatsApp menggunakan nombor 01162232985.

“Ini adalah palsu dan merupakan satu bentuk ‘scam’. Sila ambil maklum dan berhati-hati,” katanya menerusi Facebook.

Amirudin memaklumkan perkara itu melalui akaun media sosialnya selepas berjaya mengesan aktiviti dilakukan yang dipercayai mengelirukan orang awam.image is not available