Watie Hanifiah hampir hilang hidung, enam kali buat pembedahan kerana penat diejek

Entertainment
22 Jul 2024 • 12:42 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

ISTERI pelawak terkenal, Watie Hanifiah mengejutkan ramai apabila membuat pengakuan secara terbuka pernah membuat pembedahan hidung.

Gara-gara sering diejek sejak di bangku sekolah, Watie atau nama sebenar, Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah berkata, 'face shaming' tersebut menyebabkan dirinya tekad untuk membuat pembedahan di wajahnya.

“Untuk pengetahuan semua, hidung ini adalah hidung palsu sebab Watie tak ada batang hidung. Jadi, di sekolah dahulu, ada zaman di mana selalu diejek dengan gelaran ‘Fati bawang’ sebab hidung penyek.

“Selalu kena buli dan menangis. Masuk sekolah menengah lagi teruk kena sampai tahap berazam, habis sahaja sekolah, aku cari duit nak buat hidung,” katanya.

Usahawan jelita itu turut mengakui pembedahan yang dilakukannya itu juga mempunyai kaitan dengan masalah sinus atau resdung yang dihadapinya.

“Kalau siapa yang kenal Fati bawang memang tahulah yang hidung sentiasa tersumbat. Sampai pernah rasa kepala nak pecah dan gigi nak tercabut ketika penerbangan sebab tekanan,” jelasnya dalam satu sesi temu bual bersama Dol's Podcast.

Betullah kata pepatah 'beauty is pain'. Watie hampir kehilangan hidungnya kerana mengalami jangkitan kuman.

Jelas Watie, setakat ini beliau sudah melakukan enam pembedahan dengan kos pembelanjaan sebanyak RM30,000.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved