Watie Hanifiah Teruk Dikecam Guna Jalur Gemilang ‘Libas’ Talita – “Sedangkan Agong Tabik Hormat Bendera!”

LocalFamily & Parenting
5 Sep 2025 • 4:55 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, isteri kepada pelawak popular, Shuib Sepahtu iaitu Watie Hanifiah menjadi sasaran kecaman warganet susulan tular video memaparkan dirinya melibas punggung anak perempuan, Talita menggunakan bendera Jalur Gemilang.

Gurauan tersebut dilakukan susulan berasa bangga dengan pretasi Talita yang berjaya menduduki tempat pertama untuk minggu kedua Talk To My Manager (TTMM).

image is not available

Namun begitu, ia telah mendatangkan rasa kurang senang dikalangan netizen kerana seakan-akan tidak menghormati Jalur Gemilang.

Kebanyakan warganet meluahkan rasa tersinggung melihat Watie tidak sensitif dengan kelakuannya, malah membandingkan situasi dengan Yang Dipertuan Agong yang lebih menghormati bendera Malaysia itu dan tabik hormat sewaktu Hari Kebangsaan berlangsung.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Dalam pada masa yang sama, ada juga yang menggesa agar isteri Shuib itu membuat permohonan maaf secara terbuka atas tindakan yang dianggap sudah keterlaluan.

image is not available 2025-09-03 11:02:34

Watie Hanifiah Akui Dirinya Bukan Ibu Tiri Sempurna - "Setiap Hari Pasti Ada Ucapan 'I Love You'"