Rumusan Artikel
Watie Hanifiah mendedahkan Ayash Affan disahkan autisme ringan ketika berusia tiga tahun.
Ayash menjalani beberapa proses penilaian bersama pakar sebelum diagnosis dibuat.
Watie berkongsi pengalaman mengajar Ayash menggunakan rutin dan pengulangan yang sama setiap hari.
Netizen memuji kesabaran dan ketekunan Watie dalam mendidik anak tirinya.
Isteri kepada pelawak dan usahawan Shuib, Watie Hanifiah, 37, mendedahkan anak tirinya, Ayash Affan, 5, disahkan menghidap autisme ringan sejak berusia tiga tahun.
AdvertisementMenerusi sebuah hantaran video yang tular di Threads, Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah berkongsi mengenai perwatakan Ayash yang mendorongnya membawa kanak-kanak itu mendapatkan pemeriksaan pakar di hospital.
View this post on Instagram
Menurut Watie, Ayash terlebih dahulu menjalani beberapa proses penilaian yang disarankan pakar sebelum disahkan mengalami autisme ringan.
“Saya ada bawa Ayash pergi jumpa pakar yang memerlukannya untuk membuat penilaian sebelum disahkan penyakitnya.”
Watie turut berkongsi salah satu situasi yang membuatkan dia menyedari terdapat perbezaan pada tingkah laku Ayash ketika berusia sekitar tiga tahun.
“Ada suatu ketika itu, saya sedang lipat baju di bilik dan meminta dia untuk mengambil alat kawalan jauh televisyen, dia ambil tapi tindakannya berulang sambil ketawa,” kata Watie.
Menurutnya, proses mengajar Ayash memerlukan kesabaran kerana dia perlu mengulangi perkara dan rutin yang sama setiap hari.
View this post on Instagram
“Jenuh (susah) juga masa mula-mula nak ajar dia. Kena buat benda yang sama, rutin yang sama setiap hari.”
“Kita dalam sebulan itu, kita ajar hari hari benda yang sama (untuk dia),” katanya lagi.
Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen yang rata-rata memuji kesabaran dan ketekunan Watie dalam membantu mendidik Ayash.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

"Jangan Bagi 'Silent Treatment' Bagi Mereka Yang Dah Cuba Yang Terbaik" - Fazley Yaakob
The post Watie Isteri Shuib Dedah Ayash Affan Disahkan Autisme Ringan Sejak Usia Tiga Tahun – “Dah Jumpa Pakar…” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


