Watie Keguguran, Dapat Petanda Akan Gugur Melalui Mimpi – “Maaf Kerana Tak Jaga Kamu Dengan Baik Saat Kamu Ada Dalam Rahim Mummy”

Family & Parenting
14 May 2025 • 3:20 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Isteri pelawak Shuib iaitu Watie Hanifiah menerusi Instagram telah berkongi khabar duka tentang keguguran dialami ketika hamil anak pertama mereka.

Menerusi hantaran di Instagram, Watie meluahkan rasa sedih dan meminta maaf kepada anak dalam kandungannya yang digelar ‘bintang’ kerana tidak menjaganya dengan baik.

image is not available

Watie juga turut berkongsi dia sebelum ini pernah mendapat petanda beberapa kali melalui mimpi bahawa dia akan mengalami keguguran.

Siang malam Mummy berendam air mata fikirkan kamu. Maaf kerana tak menjaga kamu dengan baik saat kamu ada dalam rahim Mummy.

Walhal, Mummy dah dapat petanda dari mimpi yang Mummy akan keguguran. Setiap masa Mummy fikir adakah mimpi itu akan jadi kenyataan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Watie Hanifiah (@iamwatie)

Difahmkan, Watie mengetahui anak dalam kandungannya gugur pada Ahad lalu dan dia reda serta menganggap ada hikmah di sebalik ujian tersebut.

Mungkin Mummy masih belum mampu jadi Mummy yang baik dan adil buat kamu, kakak dan abang-abang kamu.

Mungkin masih banyak yang perlu Mummy pelajari sebelum kamu lahir ke dunia ini dan mungkin Allah nak Mummy lebih menghargai anak-anak yang Mummy ada sebelum adanya kamu.

image is not available 2 months ago

Watie Hanifiah Letak Syarat Baru, Anak-Anak Perlu Hafal Surah Al-Waqiah - "Kalau Tak, Duit Raya Kena Potong Half.."

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved