Watkins hantar isyarat tegas kepada Emery

Football
20 Apr 2025 • 8:25 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Watkins

PENYERANG Aston Villa, Ollie Watkins memberikan reaksi penuh semangat susulan kekecewaannya apabila sekadar mengisi bangku simpanan dalam beberapa perlawanan penting sebelum ini, dengan mempamerkan aksi cemerlang dalam kemenangan bergaya 4-1 ke atas Newcastle United dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Villa Park.

Watkins membuka tirai jaringan seawal minit pertama permainan dan dua kali hampir menambah gol peribadi, namun dinafikan tiang gol pada separuh masa pertama.

Beliau juga turut mencipta peluang buat rakan sepasukan, Ian Maatsen untuk meledak gol penting yang meletakkan Villa kembali di depan pada separuh masa kedua.

Tiga mata di Stadium Villa Park, melonjakkan Villa ke tangga keenam liga sekali gus meletakkan mereka dalam persaingan sengit bagi merebut tempat ke saingan Liga Juara-Juara Eropah musim depan.

Watkins yang meledak gol ke-74 dalam kancah EPL bersama Villa, menyamai rekod jaringan terbanyak kelab menyatakan bahawa beliau amat kecewa setelah diketepikan daripada kesebelasan utama dalam lima daripada enam perlawanan terakhir, termasuk kedua-dua aksi suku akhir Liga Juara-Juara menentang Paris Saint-Germain (PSG), apabila pengendali, Unai Emery memilih penyerang pinjaman, Marcus Rashford sebagai pengganti.

"Jadi saya fikir pengurus (Unai Emery) kini berada dalam dilema kerana saya sudah mengetuk pintu biliknya, bertanyakan kenapa saya tidak diturunkan.

“Kami sudah berusaha keras selama beberapa tahun untuk berada pada tahap ini. Dan ya, saya hanya diberi peluang bermain selama 20 minit dalam kedua-dua perlawanan menentang PSG. Saya tidak akan menafikan, saya benar-benar marah dan berterus terang dengannya.

“Namun beliau adalah pengendali dan kita harus menghormati keputusannya. Tetapi saya bukan jenis pemain yang rela hanya duduk di bangku simpanan,” kata bekas penyerang Brentford itu lagi.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved