Wawa Zainal sedih kek batik anak dihina – “Sanggup tebalkan muka mesej orang tu padam video”

LocalFood
11 Jun 2025 • 12:34 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Kek batik anak

Pelakon Wawa Zainal meluahkan rasa sebak apabila perniagaan kek batik anak keduanya, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa mendapat komen negatif di media sosial gara-gara tidak menepati dengan citarasa pembeli.

Menurut Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, dia terpaksa berhubung secara peribadi dengan individu yang ‘rating’ produk makanan anaknya itu untuk memadamkan video yang dimuat naik.

Kek batik anak

image is not available

“Hari ini tular kat TikTok ada orang buat video rate kek batik Hayla dan komen beribu kecam Hayla.

“Mama strong tapi bila tengok Hayla menangis mama tak kuat. Mama sanggup tebalkan muka mesej orang itu untuk padam video.

“Mama tak senggup tengok anak mama kena hina,” ujarnya menerusi sebuah hantaran di Threads.

Kek batik anak

image is not available

image is not available

Dalam perkongsian itu juga, Wawa turut memujuk anaknya supaya jangan menangis dan dia dan suami yang juga merupakan seorang aktor, Aeril Zafrel berbangga dengan usaha keras Hayla dalam menjalankan bisnes tersebut.

Jangan patahkan semangat orang lain

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberi cadangan kepada pembeli supaya memberi kritikan atau maklum balas secara terus kepada penjual bagi menambahbaikan produk.

image is not availableimage is not available

Terus semangat Hayla!

Dalam pada itu, ramai menitipkan nasihat kepada Hayla untuk terus semangat dalam membangunkan perniagaan malah, ada segelintir individu mencadangkan supaya anak pelakon itu memberi fokus sepenuhnya terhadap pembelajaran.

image is not availableimage is not availableimage is not available

Sumber: Threads @Wawa Zainal