Wawa Zainal Tampil Bersuara Mengenai Dakwaan Punca Pergolakan Rumah Tangga Fazura Dan Fattah Amin 

LocalEntertainment
17 Sep 2024 • 4:38 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Wawa Zainal Fazura Fattah Amin

Kemelut rumah tangga pasangan selebriti Fazura dan Fattah Amin masih menjadi tanda tanya ramai sehingga ke hari ini selepas pelakon wanita itu memfailkan cerai beberapa hari lepas.

Pelbagai andaian dibuat orang ramai buatkan pasangan selebriti, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal tampil menasihati agar tidak menyebarkan berita tidak sahih berhubung rumah tangga Fazura dan Fattah.

Wawa menerusi siaran langsung di Tiktok juga berkata yang Fazura dan Fattah pun tidak pernah membuat sebarang kenyataan mengenai punca pergolakan rumah tangga mereka tapi orang ramai sibuk buat andaian.

Mana ada… kamu janganlah sebarkan fitnah tu. Bini dia sendiri pun tak ada cakap dia curang. Kamu orang saja yang buat spekulasi sendiri.

Bukan tu jer, Aeril juga bersetuju dengan pendapat isterinya itu.

Kita pun tak tahu kan. Bukan sebab curang, mungkin sebab tiada kesefahaman. Tak semestinya orang itu mahu berpisah sebab curang kan.

Apapun, semoga dipermudahkan segala urusan buat Fazura dan Fattah.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Tiktok | Oh Bulan


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved