Waze integrasi info stesen pengecas EV ke dalam aplikasi, kemas kini APP anda sekarang

15 Mar 2023 • 10:28 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Aplikasi navigasi berpandu terkenal, Waze, telah melancarkan fungsi baharu yang bakal memberi manfaat kepada pengguna kereta elektrik (EV). Ciri yang dimaksudkan adalah maklumat tentang stesen pengecas EV. Dengan ciri baharu ini, pemandu EV boleh mencari stesen pengecas terhampir dengan maklumat tambahan seperti jenis kepala pengecas supaya mereka tidak membuang masa memeriksa setiap lokasi untuk kepala pengecas yang bersesuaian.

image is not available

Fungsi ini sedang disebarluaskan ke seluruh pengguna secara berfasa. Jadi, sekiranya anda masih belum menemuinya dalam telefon, berikan sedikit masa untuk kemas kini tersebut tiba kepada aplikasi anda.

Antara cabaran yang ingin dirungkai Waze adalah seperti memastikan maklumat tentang stesen pengecas yang ada di luar sana sentiasa dikemas kini. Untuk tujuan tersebut, mereka turut menggunakan data daripada pihak ketiga supaya pemandu boleh melakukan keputusan sewaktu memandu berasaskan maklumat yang terkini di sepanjang laluan memandu mereka.

Ciri baharu ini memang sudah dijangka. Hal ini kerana, pemilik Waze iaitu Google telahpun memperkenalkan servis yang sama pada platform Google Maps dalam tahun 2022 lalu. Malahan, kereta yang menggunakan Android for Automotive, boleh menganggarkan adakah kapasiti bateri yang ada cukup untuk bawa kenderaan ke stesen pengecas yang dikehendaki.

Sumber: Waze