Waze Kini Menyokong Carian Lokasi Pengecas Kenderaan Elektrik

TechnologyDigitalCars
15 Mar 2023 • 9:45 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Dalam masa setahun kebelakangan ini infrastruktur pengecas elektrik di Malaysia semakin berkembang dibantu oleh kemasukan syarikat besar Gentari dan Tenaga Nasional. Ia memudahkan pemilik kenderaan elektrik berbateri (BEV) mengecas kenderaan ketika tidak di rumah. Namun begitu ramai pengguna merungut pencarian di luar kawasan yang dikenali sedikit sukar kerana sokongan aplikasi yang belum menyeluruh.

image is not available

Waze hari ini akhirnya mula memaparkan lokasi pengecas kenderaan elektrik terbina terus dalam aplikasi. Apabila carian dilakukan, pilihan untuk pengecas kenderaan boleh dipilih. Sebelum ini hanya carian stesen minyak sahaja diberikan.

Sokongan tiba tepat pada masanya kerana ia telah lama disokong Google Maps. Pada waktu ini ciri ini diberikan kepada pengguna di Amerika Syarikat dengan ia akan dikembangkan ke peringkat global secara berperingkat.