Waze lancar 6 ciri baharu, jadikan pemanduan lebih selamat & mudah

6 Mar 2024 • 11:55 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Waze, aplikasi navigasi milik Google memperkenalkan 6 ciri baharu yang dapat menjadikan pengalaman pemanduan lebih selamat dan lancar.

Ciri-ciri yang menggunakan kecerdasan buatan (AI) itu akan mula tersedia sepanjang 2024. Ia merangkumi panduan navigasi bulatan dan amaran untuk perubahan had laju.

6 fungsi baharu Waze

Berikut 6 fungsi baharu yang akan tersedia dalam aplikasi Waze:

1. Navigasi bulatan

Waze akan membantu pemandu menavigasi lorong bulatan dengan lebih baik. Ini termasuk memberikan panduan jelas bila masa sesuai untuk masuk, memilih lorong dan laluan keluar yang betul. Kemas kini yang akan mula tersedia dalam tahun ini akan dapat digunakan pengguna Android terlebih dahulu sebelum ke iOS.

image is not available

2. Amaran keselamatan kenderaan kecemasan

Waze akan memberikan amaran awal jika terdapat kenderaan kecemasan seperti ambulans berhenti di laluan anda, supaya anda boleh menyesuaikan pemanduan mengikut keadaan semasa. Ciri ini sudah pun tersedia dalam aplikasi Waze. Namun buat masa ini hanya untuk pengguna Android dan iOS di Amerika Syarikat, Kanada, Mexico dan Perancis.

image is not available

3. Amaran had laju

Aplikasi ini juga akan memberikan amaran apabila had laju menurun sepanjang pemanduan. Sudah tentu ia amat berguna untuk mengelakkan dari disaman. Ia akan dilancarkan secara global untuk semua pengguna Android dan iOS pada bulan ini. Jadi sama-samalah kita nantikannya.

image is not available

4. Amaran bonggal dan selekoh tajam

Dengan bantuan komuniti pemandu yang sering mengemas kini peta, Waze juga akan meningkatkan amaran bahaya melibatkan selekoh tajam, bonggol laju dan tol, agar anda lebih bersedia. Sama seperti amaran had laju, fungsi ini juga akan tersedia secara global untuk semua pengguna Android dan iOS pada bulan ini.

image is not available

5. Mudah mencari tempat letak kereta

Waze akan memberikan maklumat terperinci tentang tempat letak kereta seperti caj, kemudian yang tersedia, valet dan stesen pengecasan EV. Tempahan untuk tempat letak kereta juga boleh dibuat menerusi aplikasi. Namun, ciri ini hanya tersedia untuk pengguna di Amerika Syarikat dan Kanada sahaja.

image is not available

6. Maklumat perjalanan

Pengguna akan mendapat maklumat mengenai laluan biasa, termasuk kemas kini trafik masa nyata. Ia sekali gus membolehkan pengguna membandingkan laluan kegemaran dengan jalan alternatif. Ciri ini akan tersedia secara global untuk pengguna Android dan iOS pada bulan ini.

image is not available

Menarik juga ciri-ciri baharu yang diperkenalkan Waze ini ya. Lepas ini, harap pemanduan kita semua akan jadi lebih selamat. Pastikan anda mengemas kini aplikasi Waze ya, barulah dapat gunakan ciri yang akan diperkenalkan nanti tu.

[Sumber: Waze]

Bacaan berkaitan: