WCE ada stesen EV DC Handal 200kW di Tol Assam Jawa

2 Apr 2024 • 10:12 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Buat yang ingin pulang beraya menggunakan WCE atuapun sekitar Tol Assam Jawa menaiki EV, dimaklumkan kepada anda yang sebuah stesen EV 200kW kelolaan DC Handal bakal beroperasi tak lama lagi. Ia lantas menjadikan stesen EV pertama di lebuh raya itu.

image is not available

Unit pengecas itu adalah daripada jenama Kempower dan bekerja pada paras 200kW. Lokasinya terletak betul-betul di dalam kawasan pejabat plaza Tol Assam Jawa. Unit tersebut memiliki dua nozel CCS2 dengan keupayaan pengagihan kuasa dinamik. Sama seperti pengecas DC Handal lain, kadar bayarannya adalah RM1.50/kW.

Apabila beroperasi kelak, anda boleh mengaktikannya menggunakan kaedah pembayaran tanpa sentuh seperti Mastercard dan Visa. Makanya anda turut boleh gunakan Apple Pay, Samsung, dan Google Pay tanpa perlu wujudkan akaun DC Handal. Sebagai alternatif, pengecas ini juga boleh diaktifkan melalui aplikasi ChargEV ataupun JomCharge.

image is not available

Lokasi Plaza Tol Assam Jawa

Plaza Tol Assam Jawa letaknya di hujung utara Seksyen 6 WCE. Sekiranya anda lalui LATAR daripada timur Lembah Klang, anda boleh temuinya di hujung LATAR yang menyambungkannya kepada WCE.

image is not available

Kadar penggunaan WCE sempena Hari Raya 2024 ini pastinya tinggi. Ia menghubungkan persisiran Pantai Barat daripada Banting kepada Taiping tanpa perlu melalui Ipoh khusunya Lebuhraya PLUS.

WCE bahagian Perak sudahpun dibuka sepenuhnya daripada Hutan Melintang ke Teluk Intan dan kemudiannya dairpada Kampung Lekir ke Taiping Selatan. Jangan lepaskan peluang untuk nikmati kadar tol percuma di Seksyen 11 antara Beruas, Trong, dan Taiping Selatan sehingga 11 Mei 2024.

Bacaan berkaitan

View Original Article