WCE Kutip Tol Di Plaza Tol Banting Bermula 30 Sept, Ini Jumlah Bayaran Ikut Kelas Kenderaan

LocalBusiness & Finance
27 Sep 2024 • 7:38 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

WCE Kutip Tol Di Plaza Tol Banting Bermula 30 Sept, Ini Jumlah Bayaran Ikut Kelas Kenderaan

Lebuhraya Pantai Barat (WCE) memaklumkan kutipan tol di Plaza Tol Banting akan dilaksanakan bermula tengah malam pada 30 September ini.

Perkara berkenaan dimaklumkan oleh WCE melalui satu kenyataan yang dimuat naik laman Facebook rasmi lebuhraya tersebut sebentar tadi.

Menurut WCE, kutipan tol yang akan dilaksanakan itu akan dibuat secara elektronik sepenuhnya dan akan berintegrasi dengan Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE).

“Pengguna dinasihatkan untuk memastikan baki e-wallet dan kad Touch ‘n Go anda sentiasa mencukupi serta pastikan anda menggunakan lorong pembayaran yang betul,” kata WCE.

Ini jumlah bayaran tol di Plaza Tol Banting (WCE)

Orang ramai boleh merujuk infografik dibawah untuk mengetahui jumlah bayaran tol yang dikenakan mengikut kelas kenderaan masing-masing.

image is not available

image is not available

Tol percuma selama sebulan diberikan sebelum ini

Terdahulu, Kementerian Kerja Raya (KKR) mengumumkan Seksyen 1 WCE yang bermula di Persimpangan Bertingkat Banting ke Persimpangan Bertingkat SKVE dibuka secara rasmi.

Menerusi satu kenyataa, KKR berkata jajaran berkenaan dibuka kepada pengguna lebuh raya bermula 12.01 tengah malam pada 31 Ogos lepas.

Bersama makluman berkenaan, kementerian itu turut memaklumkan tol percuma selama sebulan turut diberikan kepada semua kenderaan yang melalui jajaran tersebut.

Pemberian tol percuma itu pula akan tamat pada jam 11.59 malam, 29 September ini.

Sumber: WCE