WCEC: Proton Serah 20 Proton X90 Flagship Untuk Kegunaan VVIP WCEC

LocalCars
20 Sep 2024 • 2:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Pengeluar kereta nasional PROTON, menyerahkan 20 unit Proton X90 Flagship untuk memudahkan urusan delegasi yang menghadiri Konvensyen Usahawan Cina Sedunia (WCEC) ke-17, baru-baru ini.

Konvensyen itu berlangsung di Pusat Konvesyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur bermula 9 hingga 11 September lalu.

image is not available

Ketua Pegawai Eksekutif, PROTON. Dr. Li Chunrong berkata, dengan menyediakan 20 unit Proton X90, ia sebenarnya menunjukkan komitmen mereka terhadap kecemerlangan dan memperkukuhkan hubungan ekonomi yang lebih erat merentas sempadan.

image is not available

“Inisiatif ini melambangkan dedikasi kami untuk membina masa depan yang kolaboratif dan mengukuhkan perkongsian global dalam industri automotif,” katanya dalam satu kenyataan.

image is not available

Bertemakan “Reimagineering the Future,” persidangan itu telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bermula pada 1991, acara dwitahunan itu menghimpunkan usahawan dari seluruh dunia untuk membina hubungan perniagaan dan meneroka peluang baru seperti teknologi baru, ekonomi hijau, kecerdasan buatan (AI) dan banyak lagi.

Seiring dengan ulang tahun ke-50 hubungan dua hala China-Malaysia, rangkaian SUV PROTON merupakan lambang kejayaan kerjasama antara Malaysia dan China.

Ia juga menandakan pencapaian penting bagi PROTON, di mana rangkaian SUV ini dilihat sebagai pemangkin untuk memulihkan syarikat selepas kerjasama dengan Geely tujuh tahun lalu.

image is not available

Proton X90 adalah model mild-hybrid pertama PROTON dan memberikan nilai hebat bagi mereka yang mencari SUV tiga baris yang luas dan serba lengkap.

SUV terbesar PROTON ini juga menawarkan pengalaman pemanduan yang lancar, manakala Sistem Bantuan Pemandu Canggih (ADAS) memberikan tahap keselamatan yang tinggi.

Sejak dilancarkan pada Mei 2023, jualan Proton X90 telah mencapai 7,322 unit, menjadikannya salah satu model paling laris dalam segmen SUV D. Ia juga mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju dalam segmen tersebut pada bulan Ogos tahun ini.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved