Nak elak biawak, terlanggar penunggang motosikal

7 Apr 2020 • 4:00 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KUALA SELANGOR - Seorang penunggang motosikal cedera selepas dilanggar sebuah kereta di Jalan Ban Cannal Tanjong Karang di sini semalam.

Kejadian jam 11.25 pagi itu berlaku ketika pemandu kereta Perodua Kancil dalam perjalanan dari rumah menghala ke Pekan Tanjong Karang.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, siasatan awal polis mendapati kejadian berlaku apabila pemandu kereta hilang kawalan.

"Pemandu kereta dipercayai cuba mengelak biawak yang melintas jalan menyebabkan kereta dipandu masuk ke laluan bertentangan lalu melanggar motosikal terbabit," katanya.

Ramli berkata, kejadian mengakibatkan penunggang motosikal mengalami kecederaan dan dibawa ke hospital berhampiran.

"Kes disiasat mengikut Rule 10 Ln 166/59," katanya.




Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved