Wear OS 5.1 adalah sistem operasi generasi seterusnya untuk jam tangan pintar berasaskan Android. Sistem ini dibina berasaskan Android 15 dan memfokuskan kepada dua ciri utama iaitu memainkan media terus ke speaker jam serta memudahkan pengguna log masuk ke pelbagai akaun. Terbaru, selepas berbulan diuji – Google sedia mengedarkan kemas kini stabil baginya.

Setakat ini, hanya Pixel Watch 1, Pixel Watch 2 dan Pixel Watch 3 disahkan akan menerima kemas kini Wear OS 5.1. Ciri pemantauan kesihatan dan kecergasan baharu turut disertakan, menjadikan penggunaan jam lebih berguna untuk pengguna. Sayang sekali, Google dan Samsung tidak mendedahkan sama ada bila One UI Watch akan dikemaskini dengan ciri ini.
Google menyatakan kemas kini ini telah pun diedarkan dan kemas kini seterusnya adalah pada bulan Jun akan datang. Sehingga hari ini, kemas kini Wear OS baharu yang konsisten hanya terhad kepada Samsung Galaxy Watch dan Pixel Watch sahaja.

