
Apa yang menarik di Kuching hujung minggu ini?
‘Weekend Getaway’ Yang Happening, 5 Sebab Anda Perlu Ke Kuching Hujung Minggu Ini. 22 Julai ini, seluruh warga bumi kenyalang akan menyambut hari bersejarah iaitu Hari Sarawak.
Untuk sambutan kali ini, Kuching telah pun dipilih sebagai tuan rumah untuk acara gilang-gemilang itu. Difahamkan, ribuan pengunjung bakal membanjiri bandar raya Kuching untuk sama-sama memeriahkan lagi aktiviti yang bakal berlangsung.

Jadi, sekiranya anda merancang untuk ke Kuching hujung minggu ini, berikut adalah 5 rekomendasi program menarik yang boleh dikungjungi bersama keluarga anda:
1. Perarakan sempena sambutan Hari Sarawak
Untuk sambutan kali ini, kira-kira 3,000 peserta melibatkan 60 kontinjen terdiri daripada pelbagai agensi akan mengambil bahagian dalam perarakan yang diadakan di Padang Merdeka, Kuching.

Buat anda yang belum pernah melihat ‘parade‘ secara jarak dekat inilah masa yang sesuai untuk anda! Dinasihatkan untuk datang awal memandangkan sambutan bakal berlangsung seawal jam 7 pagi.
2. Konsert Rakyat Sarawak
Selain perarakan, orang ramai juga dijemput untuk memeriahkan Konsert Rakyat Sarawak yang diadakan pada sebelah malam.
Difahamkan, beberapa artis terkenal bakal membuat persembahan pada malam itu antaranya Dolla, Floor 88 dan kumpulan terkenal dari Indonesia iaitu Ungu.

Konsert ini bakal berlangsung pada jam 9 malam di Padang Merdeka secara percuma buat pengunjung!
3. Free entrance ke Borneo Cultures Meseum
Bersempena dengan Hari Sarawak, pihak Jabatan Muzium Sarawak menawarkan kemasukan percuma ke Borneo Cultures Meseum 22 julai ini.
Buat anda yang belum pernah menjejakkan kaki ke sini, ini peluang keemasan buat anda untuk explore treasure yang terdapat di dalam bangunan yang penuh dengan sejarah Sarawak ini.

Untuk waktu operasi, muzium ini dibuka dari jam 9:30 pagi hingga 4:30 petang sahaja.
4. Bas shuttle percuma buat semua
Memandangkan sekitar Kuching bakal dibanjiri oleh pengunjung pada hari tersebut sudah semestinya bandar raya itu bakal sesak dengan kenderaan awam. Jadi, solusinya anda boleh menaiki bas hidrogen yang disediakan oleh Kerajaan Sarawak.

Menariknya, tiada sebarang cas akan dikenakan kepada penumpang.
Cara mudah sahaja, anda perlu menunggu di pusat menunggu di Jalan Haji Taha. Anda akan diturunkan di Klinik Kesihatan Jalan Masjid tidak jauh dari Padang Merdeka.
5. Laksa Sarawak percuma dari Serapi Corner
Buat anda food lover, pihak Serapi Corner bakal mengagihkan 600 pax laksa Sarawak secara percuma buat orang ramai.
Jangan lepaskan peluang ini dan serbu Serapi Corner di Jalan Batu 7 Kuching pada hari sabtu ini.

Agihan akan dijalankan bermula jam 8 pagi sehingga 11 pagi bersempena sambutan Hari Sarawak.

