“Well Done My Son..” – Azmin Ali Ucap Tahniah Buat Anak, Netizen Petik Nama Diva AA?

Politics
23 Sep 2022 • 5:19 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali telah membuat sebuah hantaran di laman Instagram memaparkan dua orang anak lelakinya iaitu Mohamed Yusuf Al-Sadiq dan Mohamed Basheer Noor Al-Haq.

Menerusi hantaran tersebut, Datuk Azmin meluahkan rasa bersyukur apabila kedua-dua anak lelakinya itu telah berjaya menamatkan pengajian mereka di luar negara.

Malah, beliau turut menitipkan ucapan tahniah dan kata-kata semangat buat anak-anaknya selain mendoakan kejayaan mereka.

Alhamdulillah! Tahniah dan syabas kepada anak saya, Yusuf kerana mendapat BA dengan Kepujian dalam Pengurusan Global (Perusahaan dan Inovasi).

Kegembiraan berganda hari ini, tahniah kepada kamu, anak ku, Basheer kerana berjaya mendapat BSc dengan Kepujian dalam Pengurusan Perniagaan, Inovasi Digital dan Keusahawanan.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai turut mengucapkan tahniah kepada kedua anak Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu.image is not available

Namun, ada juga segelintir netizen yang menitipkan ucapan tahniah dengan memetik nama adik Azmin Ali iaitu selebriti sensasi, Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 hari lalu

(VIDEO) "Please Watch English Punya.." - Zarina Anjoulie Larang Anak Tonton Kartun Melayu?