WellnessByHelloMarch | Sedikit-Sedikit Lama-Lama Jadi Bukit

Opinion
3 Feb 2026 • 1:00 PM MYT
Zakiah Senin
Zakiah Senin

30 years of shaping communities through volunteerism and character building

Image from: WellnessByHelloMarch | Sedikit-Sedikit Lama-Lama Jadi Bukit
Photo credit: ChatGPT Image

Umpama kita belajar membuat kek. Segala kelengkapan dan bahan-bahannya haruslah tepat. Andai tidak tepat, kek boleh menjadi bantat, tidak menjadi atau ‘lari’ rasanya. Pastinya kita mahukan kek yang sedap, sekali rasa mahu ‘dicuba’ semuanya. Rata-rata pembuat kek akan menghasilkan kek yang ‘kurang sempurna’ di peringkat awal. Sama ada rasanya yang ‘kurang kena,’ peroi, leper, merekah, berat, lembap, mendap, dan pelbagai lagi menjadi petunjuk yang kek tersebut tidak sempurna. Pembuat kek yang tegar akan mencari puncanya. Jika telah mengenalpasti punca dan memperbaikinya, sudah pasti hasilnya menjadi lebih baik. Apatah lagi, jika pembuat kek ini sentiasa ringan mulut bertanya ‘petua dan pantang larang’ dalam menghasilkan kek yang terbaik. Contohnya, menurut seorang pengusaha Kek Lapis Sarawak, telur yang digunakan perlu gred A, dibasuh dan diletakkan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya satu jam sebelum diadun. Nah! membuat kek yang sempurna bukan sekadar melengkapkan bahan-bahan yang diperlukan. Pembuatnya perlu mengetahui segala teknik pembuatan dengan tepat, memaklumi petua dan pantang larang yang berkaitan, malah semangat terus mencuba dan mencuba tanpa mengenal putus asa akan menjanjikan hasil yang membanggakan.

Begitulah diri kita sebagai sukarelawan atau sesiapa sahaja yang ingin menjadi semakin baik dalam bidangnya. Yang ingin menjadi semakin baik dari segi adab dan akhlaknya. Yang ingin menjadi semakin baik dari segi perhubungan sosialnya. Ia menuntut proses penambahbaikan yang berterusan—menambah ilmu dan kemahiran, membina disiplin serta konsistensi, sedia menerima maklum balas, mengurus diri dan emosi, serta kekal menjaga nilai dan integriti.

Jika kita mahukan penambahbaikan ini tidak memberi tekanan hingga membebankan; Boleh sahaja kita aplikasikan semangat kaizen yang berasal dari falsafah Jepun. Ia bermakna penambahbaikan berterusan—menjadi 1% lebih baik setiap hari. Biar sedikit tetapi konsisten, sentiasa bermuhasabah diri, memperbaiki proses tanpa salahkan diri atau orang lain, dan disiplin harian menjadi amalan. Tekad berubah, namun tetap kekal tenang tetapi berterusan. Tidak mengapa jika ia mengambil masa yang lama. Tidak mengapa hanya baru setapak langkahnya. Paling utama, sangat jelas terlihat apa akan jadi digaris penamatnya. Yakin. Bak kata orang lama – ‘Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit’.

(Pendapat saya mengenai kesukarelawanan, suatu pegangan atau prinsip yang rapat dengan saya, juga terkandung dalam buku saya bertajuk, Suka Rela Sukar Lawan, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka 2024) – Sebarang pertanyaan, hubungi zakiahsenin@gmail.com

Zakiah Senin adalah sukarelawan Yayasan SALAM Malaysia, sebuah NGO yang berdedikasi dalam bidang kesukarelawanan di Malaysia sejak 30 tahun lalu.


Image from: WellnessByHelloMarch | Sedikit-Sedikit Lama-Lama Jadi Bukit

Kongsi perjalanan kesejahteraan anda dan berpeluang memenangi hadiah sehingga RM2,000! Ketahui cara penyertaan di siniT&S terpakai. 


Zakiah Senin (zakiahsenin@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.