Wellspire catat untung bersih RM900,000 dalam suku pertama 2023

Business & Finance
31 May 2023 • 9:27 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Wellspire catat untung bersih RM900,000 dalam suku pertama 2023

diyana

31/05/2023 - 09:27

KUALA LUMPUR 30 Mei - Wellspire Holdings Berhad, pengedar makanan pembungkusan pengguna dan peruncit dalam talian makanan pembungkusan pengguna di Thailand, telah mencatat keuntungan bersih RM900,000 pada suku pertama tahun kewangan 2023 (1QFY23).

Wellspire telah mencatatkan keuntungan sebelum cukai (PBT) sebanyak RM2.39 juta selepas membelanjakan yuran profesional sekali untuk tawaran awam permulaan (IPO) sebanyak RM60,000 berbanding kerugian sebelum cukai sebanyak RM170,000 pada suku sebelumnya berikutan pelarasan perbelanjaan penyenaraian berjumlah RM1.39 juta.

Pendapatan kumpulan pada suku dalam tinjauan yang berakhir 31 Mac 2023 itu adalah sebanyak RM34.05 juta, meningkat 4.5% suku ke suku atau RM1.47 juta lebih tinggi berbanding RM32.58 juta pada suku sebelumnya yang berakhir pada 31 Disember 2022.

Jelasnya, jualan biji bunga matahari menyumbang 94.33% atau RM32.12 juta daripada jumlah pendapatan.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Wellspire, Mo Guopiao berkata kumpulan itu menjangkakan landskap operasi akan bertambah baik apabila pemulihan ekonomi kekal di landasan yang betul, dengan sentimen pengguna yang bertambah baik.

image is not available
Mo Guopiao

Beliau berkata kumpulan itu akan terus mengembangkan rangkaian produk dengan pelbagai jenis makanan ringan lain dengan memanfaatkan akses pasaran luasnya kepada pangkalan pengguna akhir yang berpotensi besar.

Baru-baru ini, Wellspire bekerjasama dengan HH International Enterprise Limited untuk mengedarkan produk jenama WEILONG secara eksklusif di Thailand.

Produk tersebut termasuk Konjac jenama WEILONG dan produk tepung berperisa iaitu Weilong Big Hot Stick (Latiao) dan Weilong Konjac Shuang.

“Memandangkan pendapatan isi rumah Thailand dan perbelanjaan pengguna bertambah baik, Wellspire positif dalam keupayaan kumpulan untuk menyampaikan prestasi kewangan yang memuaskan dan melaksanakan strategi perniagaan.

“Ini termasuk pembinaan gudang dan kemudahan operasi, menambah baik ciri platform e-dagang kami yang dikendalikan oleh anak syarikat, Keymall Retail,” tambah beliau.

Saham Wellspire dibuka pada 50 sen pagi ini, memberikannya permodalan pasaran sebanyak RM356.2 juta. -DagangNews.com