Wellspire dilantik sebagai pengedar eksklusif produk gula-gula Khee San di Thailand

Business & Finance
23 Aug 2023 • 2:38 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Wellspire dilantik sebagai pengedar eksklusif produk gula-gula Khee San di Thailand

zulfadli

23/08/2023 - 14:38

KUALA LUMPUR 23 Ogos - Wellspire Holdings Bhd, pengedar makanan ringan di Thailand melalui anak syarikat miliknya, Wellspire Global Trading, hari ini memeterai perjanjian kerjasama strategik dengan Khee San Food Industries Sdn Bhd (Khee San), anak syarikat Khee San Bhd.

Di bawah perjanjian ini, Wellspire akan menjadi pengedar tunggal dan eksklusif Khee San di Thailand. Sebagai permulaan, Wellspire akan mengedar, mengimport, mengeksport, dan menjual semula produk Khee San iaitu Fruit Plus dan Kiss Me.

Kerjasama strategik bersama Khee San ini adalah sebahagian daripada rancangan Wellspire untuk bekerjasama dengan syarikat tempatan untuk menembusi pasaran Thailand melalui saluran pengedaran kumpulan Wellspire di negara tersebut.

Kerjasama ini akan menggabungkan infrastruktur, saluran pengedaran dan kepakaran pemasaran kumpulan Wellspire di Thailand dengan keupayaan pembuatan dan pembungkusan Khee San dalam industri pembuatan makanan pengguna dan makanan ringan dalam pasaran utama. Perjanjian itu sah dari 23 Ogos 2023 hingga 22 Ogos 2026 untuk tempoh tiga tahun.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Wellspire, Mo Guopiao berkata, pihaknya berbesar hati bekerjasama dengan Khee San untuk mengedarkan manisan dan gula-gula secara eksklusif di Thailand.

Katanya, kerjasama ini menandakan perjalanan penting yang mana mencerminkan kepercayaan dan keyakinan Khee San terhadap keupayaan pengedaran pihaknya yang turut merangkumi pasar raya utama dan jenama kedai serbaneka di Thailand.

"Selain itu, ini mengukuhkan lagi peranan kami dalam membantu keberadaan produk buatan Malaysia di pasaran luar negara. Mengukuhkan kedudukan kami sebagai salah satu pengedar utama di rantau ini.

image is not available
Mo Guopiao

"Kami mengalu-alukan lebih ramai pengeluar makanan Malaysia yang inovatif dan berdaya maju untuk meneroka kerjasama bersama Wellspire. Dengan memanfaatkan unjuran pasaran, pengetahuan dan hubungan kami di Thailand, jenama tempatan boleh memanfaatkan dengan sebaiknya pasaran pengguna yang sangat besar dengan populasi 70 juta ini," katanya.

image is not available

CEO Khee San, Edward Tan pula berkata, pihaknya tidak sabar untuk bekerjasama dengan Wellspire untuk memperkenalkan produk mereka ke Thailand, yang mana hasil untuk pasaran manisan dijangka berkembang setiap tahun lebih daripada 6.05%.

image is not available
Edward Tan

"Perluasan pasaran kami ke Thailand juga merupakan bukti komitmen kami untuk memacu pertumbuhan perniagaan dengan memanfaatkan peluang di seluruh rantau sambil terus menambah baik produk sedia ada kami serta memperkenalkan barisan produk baharu untuk memberi nilai pada setiap inovasi yang mampan untuk pemegang saham dan pemegang kepentingan kami," katanya.

image is not available

image is not available

Menurut Statista, nilai hasil pasaran makanan ringan Thai telah meningkat melebihi AS$1 bilion pada 2023, dan dijangka menyaksikan CAGR sebanyak 7.16% dalam tempoh 2023-2028, meningkat daripada AS$1.07 bilion pada 2023, kepada lebih AS$1.54 bilion menjelang 2028.

Berdasarkan jumlah angka penduduk, pasaran Thailand mampu menjana pendapatan sebanyak AS$15.31 bagi setiap individu pada 2023. - DagangNews.com