Wenger sedia cabar Infantino?

WorldFootball
12 Nov 2026 • 8:01 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Wenger sedia cabar Infantino?

PARIS; Bekas pengurus Arsenal, Arsene Wenger sedang mempertimbangkan kemungkinan untuk mencabar Gianni Infantino bagi merebut jawatan Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada pemilihan badan induk bola sepak dunia itu, tahun depan.

Jurulatih berpengalaman itu dikatakan sedang meneliti secara serius peluang untuk menawarkan diri merebut jawatan Presiden FIFA selepas diberikan harapan besar oleh beberapa tokoh berpengaruh bola sepak Eropah, sejak beberapa minggu lalu.

Infantino masih mendapat sokongan daripada beberapa konfederasi termasuk Amerika Selatan, Afrika dan Asia sebelum ini mendakwa memiliki sokongan majoriti besar komuniti bola sepak dunia.

Bagaimanapun, ujian sebenar bakal dihadapi oleh Infantino sekiranya Wenger yang juga Ketua Pembangunan Bola Sepak Global FIFA menawarkan diri untuk bertanding kerana dijangka akan mendapat sokongan padu daripada Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA).

Perkembangan tersebut hadir ketika kedudukan Infantino mula berdepan tekanan susulan kontroversi cadangan menjual kepentingan komersial Piala Dunia kepada pelabur swasta.

“Saya tidak terlibat dalam pelan strategik ini dan hanya mengetahui tentang projek tersebut melalui laporan media. Keputusan untuk menarik balik projek itu sememangnya perlu dan tidak perlu dipersoalkan lagi.

“Saya amat yakin dengan sebuah FIFA sebagai badan bebas untuk melaksanakan komitmen dengan penuh telus dan penuh berintegriti,” kata Wenger mengulas tentang idea yang diketengahkan oleh Infantino.

Sebelum ini, bekas pertahanan Tottenham Hotspur, Ramon Vega menjadi individu pertama mengumumkan hasrat bertanding, disusuli Presiden Kehormat Persatuan Bola Sepak Jepun (JFA), Kozo Tashima. – AGENSI

 

The post Wenger sedia cabar Infantino? appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved