West Ham kekalkan rentak kemenangan

Football
28 Oct 2022 • 12:14 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Lanzini (tengah) meraikan jaringannya ketika bantu West Ham tewaskan Silkeborg. - Foto AP

PENGENDALI West Ham, David Moyes nyata gembira dengan aksi yang ditampilkan pasukannya ketika berjaya mengekalkan rentak kemenangan pasukan itu dalam saingan Liga Konferensi Europa selepas menewaskan Silkeborg 1-0 awal pagi tadi.

Bagaimanapun, jurulatih kelahiran Scotland itu sedikit kecewa dengan barisan serangannya yang gagal menyempurnakan beberapa peluang yang terhidang untuk menang dengan jaringan yang lebih besar.

“Kami bermain dengan sangat baik dan seperti anda lihat, mereka mengawal permaianan untuk satu tempoh yang agak lama.

“Cumanya, mereka gagal untuk mendapatkan jaringan yang banyak. Mereka perlu lebih klinikal terutama apabila berada di depan gol.

“Secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan aksi yang ditampilkan pemain-pemain. Mereka layak untuk meraih kemenangan ini,” ujarnya.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium London, Manuel Lanzini memastikan The Hammers mengutip tiga mata di laman sendiri apabila memperoleh gol tunggal selepas berjaya menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-24.

Kemenangan itu menyaksikan West Ham berjaya lolos ke pusingan seterusnya selepas mengumpul 15 mata dalam lima perlawanan dan kini berada di kedudukan pertama kumpulan B.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved