Western Digital Dan Kioxia Dalam Perbincangan Untuk Menggabungkan Bisnes Pengilangan Cip Storan

TechnologyDigital
25 Jan 2023 • 1:48 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Jenama pembuat produk storan digital Western Digital ialah jenama yang tidak asing lagi, manakala Kioxia pula ialah syarikat pembuat cip storan yang dibangunkan setelah dijual oleh Toshiba beberapa tahun yang lalu.

Western Digital dan Kioxia boleh dikatakan rakan dalam industri pembangunan cip storan, dan terkini Bloomberg telah melaporkan bahawa kedua-dua syarikat ini sedang dalam perbincangan untuk menggabungkan bisnes pengilangan cip storan mereka.

Perkara ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana kedua-dua syarikat ini berkongsi lokasi dan kelengkapan untuk membangunkan produk-produk dan komponen storan mereka.

image is not available

Malah, kebelakangan ini ia dilihat bahawa Western Digital juga telah mula menggunakan NAND yang dibangunkan oleh Kioxia untuk sejumlah penawaran storan digital mereka.

Sekiranya gabungan ini berlaku, ia dilaporkan bahawa syarikat ini akan diwartakan di Amerika Syarikat, dan akan diuruskan oleh sekumpulan pengurus dari Western Digital.

Ini bukanlah kali pertama kedua-dua syarikat ini berbincang untuk menggabungkan perniagaan mereka. Pada tahun 2021, Western Digital dan Kioxia juga pernah berbincang untuk menggabungkan kedua-dua jenama mereka untuk menjadi satu syarikat, dengan gabungan tersebut dinilaikan pada $20 bilion (~RM85 bilion).

View Original Article