Western Digital Digodam Menyebabkan Perkhidmatan My Cloud Tidak Boleh Diakses

TechnologyDigital
4 Apr 2023 • 6:44 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Western Digital mengumumkan mereka telah menjadi mangsa penggodam malam tadi dimana sebilangan data telah dicuri. Godaman dikesan pada 26 Mac yang lalu tetapi data apa yang dicuri dan impaknya masih sedang disiasat oleh Western Digital. Sebagai langkah keselamatan beberapa perkhidmatan kini dihentikan. Antara yang terjejas ialah perkhidmatan storan awanan My Cloud.

image is not available

Tindakan ini menyebabkan pengguna My Cloud berang kerana ia antara infrastruktur yang penting untuk melakukan kerja. Jika ia cuba diakses laman hanya memaparkan notis “503 Service Temporarily Unavailable” .Produk yang terjejas setakat ini ialah My Cloud, My Cloud Home, My Cloud Home Duo, My Cloud OS5, SanDisk ibi, dan SanDisk Ixpand Wireless Charger. Tiada maklumat bilakah perkhidmatan akan kembali pulih pada waktu ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved