Western Digital Menambahkan Pilihan Storan 8TB Pada WD Black SN850X Mereka

TechnologyDigital
17 Jul 2024 • 11:51 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Western Digital, syarikat pembuat storan digital terkemuka baru-baru ini dilaporkan telah menambhakan pilihan storan baru pada siri SSD PCIe 4.0 WD Black SN850X mereka.

Storan SSD tersebut kini dilihat hadir dengan pilihan storan sebesar 8TB, yang merupakan jumlah storan SSD kelas pengguna terbesar mereka setakat ini. Sebelum ini, SSD tersebut tampil dengan pilihan 1TB, 2TB dan 4TB, dan boleh dimanfaatkan didalam binaan komputer desktop, komputer riba dan juga konsol permainan seperti Sony PlayStation 5 dan Xbox Series X dan Series S.

image is not available

Sama seperti penawaran sebelum ini, WD Black SN850X 8TB ini hadir dengan pilihan untuk dibeli sekali dengan bongkah penyejukan ataupun tidak, dan hadir dengan kadar kelajuan pembacaan dan penulisan data yang serupa pada kelajuan 7200MB/s dan 6600MB/s.

Buat masa ini, pilihan storan 8TB ini hanya ditawarkan di pasaran-pasaran terpilih pada harga $849 dan $899 untuk model tanpa dan dengan , dan buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah ataupun sekiranya Western Digital Malaysia akan menawarkan pilihan storan ini untuk pasaran tempatan.