WeTransfer adalah salah satu perkhidmatan perkongsian dan platform menual pelbagai fail di atas talian. Bulan Ogos lepas, Bending Spoons iaitu firma di sebalik aplikasi seperti Evernote, Meetup, Splice dan Remini telah mengambil alih WeTransfer dan baru-baru ini terdapat perubahan pada pelan-pelan langganan mereka.
Pelan percuma kini dapat menikmati pelbagai ciri premium seperti akses kepada portal tanpa had, memohon akses kepada fail dan juga melindungi fail dengan kata laluan. Untuk perkongsian fail berbayar, caj 5% turut telah dibuang. Paling menarik adalah kuota pengguna percuma dinaikkan dari 2GB ke 3GB dan dalam sebulan pengguna boleh melakukan 10 perkongsian.

Untuk pelan berbayar mereka kini bermula dari $6.99 sebulan untuk Starter yang memberi pengguna kuota sehingga 300GB. Akhir sekali adalah pelan Ultimate yang menggabungkan pelan Pro dan Premium dalam satu pakej. Pelan ini lebih mahal dan menawarkan akses kuota tanpa had.
Dalam semakan kami, pelan baharu masih tidak diaktifkan di Malaysia. Namun bermula bulan ini dan apabila pelanggan mula melakukan pembayaran untuk bulan berikutnya – semua akan dipindahkan ke dalam pelan baharu.
