Wey 80 Cecah 1,000 KM – MPV PHEV Pertama Malaysia?

LocalCars
21 Jul 2025 • 10:30 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

GWM Malaysia sekali lagi mempertontonkan Wey 80 kepada umum, menerusi sesi pratonton khas di Setia City Convention Centre pada 19 hingga 20 Julai. Model yang dipamerkan kali ini dikatakan adalah versi sebenar yang bakal dipasarkan di negara kita, memberi gambaran lebih jelas mengenai spesifikasi yang akan ditawarkan kelak.

Spesifikasi Berbeza

image is not available

MPV hibrid plug-in premium ini sedikit berbeza berbanding model konsep yang diperlihatkan semasa acara automatik Kuala Lumpur International Mobility Show 2024 (KLIMS 2024).

Di KLIMS, model ini menggunakan sistem hibrid plug-in Hi4 berkuasa 487 hp dan tork 762 NM, kali ini output keseluruhan dinyatakan 442 hp dan 624 Nm, dipadankan dengan transmisi automatik DHT empat kelajuan serta sistem pacuan semua roda pintar.

MPV ini menawarkan beberapa mod pemanduan, termasuk Electric Priority (enjin hanya diaktifkan pada kelajuan tinggi), Intelligent Hybrid (enjin beroperasi pada kelajuan sederhana hingga tinggi) dan mod Pure Electric untuk pemanduan tanpa emisi.

Jarak Perjalanan Elektrik Lebih Jauh

Yang menariknya, jarak pemanduan EV Wey 80 kini mencapai 183 km, lebih tinggi berbanding angka 140 km sebelum ini. Gabungan kesemua sistem trenkuasa model ini membolehkannya mencecah 1,000 km yang mana 885 km menggunakan petrol dan selebihnya elektrik. Penggunaan bahan api pula adalah sekitar 6.2 liter untuk setiap 100 km, dipadankan dengan tangki bahan api sebesar 58 liter.

Kabin Sarat Ciri Mewah

image is not available

image is not availableimage is not available

Seperti aura gahnya yang terserlah dari luar, ruang kabin MPV ini juga cukup mewah. Menawarkan tiga baris tempat duduk, kesemuanya dibalut kulit Nappa.

image is not availableimage is not available

image is not availableimage is not available

Tempat duduk baris kedua ialah “Zero Gravity Seats” yang dilengkapi ciri pemanasan, pengudaraan, fungsi urut, meja boleh lipat serta peti sejuk mini yang boleh menyejukkan pada suhu hingga -15°C selama 24 jam.

Bakal Catat Sejarah MPV Hibrid Plug-in Pertama Malaysia

Apabila dilancarkan secara rasmi hujung tahun ini, Wey 80 berpotensi menjadi MPV hibrid plug-in pertama dipasarkan di Malaysia, mengatasi pesaing yang hanya menawarkan varian enjin pembakaran dalaman (ICE), hibrid standard atau elektrik sepenuhnya (EV).

Perancangan Pemasangan Tempatan

Wey 80 bakal dipasang secara CKD di Malaysia melalui kerjasama dengan EPMB dan berpotensi dieksport ke seluruh ASEAN, termasuk pasaran Thailand yang juga telah memperkenalkan model ini di Thai Motor Expo 2024.

View Original Article