WhatsApp Akan Hentikan Sokongan Untuk Peranti Android Lama Mulai 8 September 2026

TechnologyDigital
27 Apr 2026 • 3:59 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

WhatsApp mengumumkan bahawa bermula 8 September 2026, aplikasi ini tidak lagi menyokong semua peranti Android yang menjalankan versi lebih lama daripada 6.0. Dengan itu, telefon pintar yang masih menggunakan Android 5.0 atau 5.1 tidak akan dapat menjalankan WhatsApp selepas tarikh tersebut.

image is not available

Menurut laman WABetaInfo, perubahan ini dilakukan kerana WhatsApp mahu mengekalkan prestasi dan kestabilan aplikasi sambil memastikan sokongan untuk ciri baharu yang memerlukan sistem lebih moden. Oleh itu, pengguna yang terjejas akan menerima amaran dalam aplikasi supaya mereka bersedia sebelum sokongan ditamatkan. Sebagai langkah persediaan, mereka disarankan membuat sandaran perbualan sama ada di Google Drive atau menggunakan sandaran terus dalam telefon sebelum beralih kepada peranti atau sistem operasi yang lebih baharu.

Makluman ini hanya terpakai kepada pengguna Android sementara itu peranti iOS tidak terjejas kerana WhatsApp masih menyokong iPhone dan iPad dengan iOS/iPadOS 15.1 ke atas. Perubahan ini dijangka memberi kesan besar kepada pengguna di negara yang masih banyak bergantung pada telefon lama terutamanya di India, Brazil, Pakistan, Asia Tenggara dan Afrika.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved