WhatsApp Akhirnya Hadir Untuk Jam Wear OS

TechnologyDigital
9 May 2023 • 12:57 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tidak banyak aplikasi pemesejan boleh digunakan pada jam tangan pintar. Biasanya hanya aplikasi SMS dan lain-lain adalah sokongan balas mesej terus dari notifikasi. Telegram ada menawarkan aplikasi ini kepada beberapa jam dan lain-lain saya jarang melihat ia dicadangkan untuk digunakan pada jam.

image is not available

Terkini Meta telah mengeluarkan aplikasi WhatsApp untuk jam Wear OS. Menjadikan Wear OS jam tangan pintar pertama menyokong aplikasi ini secara natif. Penggunaan adalah mudah sahaja selepas pemasangan dilakukan WhatsApp akan meminta kod 8 digit yang muncul pada aplikasi WhatsApp di telefon.

WhatsApp pada wear OS ini jugfa ringkas di mana mesej boleh dibaca dengan tatalan mudah. Membalas mesej adalah dengan mesej suara atau papan kekunci da turut akan ada pilihan Open on phone untuk sambunng pengalaman pemesejan gaya tradisional.

image is not available

WhatsApp Group turut boleh dilihat pada jam ini dengan senarai peserta di paparkan pada bahagian bawah sekali. Akhir sekali adalah ia hadir dengan sokongan dua tiles untuk kenalan dan satu lagi untuk mesej suara yang pantas. Buat masa ini WhatsApp ini masih dalam ujian beta terbuka dan anda boleh muat turun terus di Play Store.