WhatsApp Beta Menguji Ciri Perkongsian Skrin Atau “Casting” Ketika Panggilan Video

TechnologyDigital
28 May 2023 • 8:38 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

WhatsApp kini telah memperkenalkan versi beta terbaru untuk aplikasi mereka di platform Android, dan menambah sebuah ciri menarik yang dinantikan ramai – iaitu kebolehan untuk berkongsi rakaman skrin atau casting melaluinya.

Dengan langkah ini, ia sekaligus menjadikan sesuatu panggilan video itu lebih interaktif – dan anda boleh menunjukkan sesuatu perkara seperti demo aplikasi, dokumen dan sebagainya kepada penerima panggilan video tersebut dengan mudah.

image is not available

Ciri ini boleh diakses melalui sebuah butang khusus yang disertakan ketika dalam mod panggilan video, yang akan membuka kebenaran untuk anda membenarkan perkongsian skrin atau casting. Seterusnya, sebaik dibenarkan, ia akan membolehkan pihak penerima panggilan turut melihat skrin peranti anda.

image is not available

Daripada percubaan kami sendiri, ia berjalan dengan lancar, sekaligus memudahkan penerangan sesuatu perkara dengan lebih efektif.

Buat masa ini, ciri ini hanya ditawarkan untuk pengguna WhatsApp Beta sahaja bagi memulakan perkongsian rakaman skrin – tetapi sesiapa sahaja boleh melihatnya ketika panggilan video berlaku.