WhatsApp Channels Dikemaskini Dengan Sokongan Penambahan Pentadbir Saluran, Perkongsian Audio

TechnologyDigital
18 Jan 2024 • 12:06 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

WhatsApp Channels merupakan salah satu ciri pada perkhidmatan permesejan WhatsApp, yang membolehkan perhubungan sehala. Ia digunakan oleh pelbagai jenama untuk berkongsi info terkini bersama para pengikut saluran mereka.

image is not available

Terbaru, WhatsApp mengemaskini WhatsApp Channels dengan sejumlah ciri-ciri baharu. Yang paling menjadi fokus utama adalah sokongan menambah pentadbir untuk sesuatu saluran – sekaligus memudahkan lagi pengurusan sesuatu WhatsApp Channels berkenaan.

Disamping itu, WhatsApp juga kini membolehkan perkongsian berbentuk audio pada WhatsApp Channels – sekaligus dijangka membawa kepada perkongsian kandungan berbentuk podsiar melaluinya.

image is not available

Untuk pengguna pula, anda kini turut boleh melakukan perkongsian dari sesuatu WhatsApp Channel ke WhatsApp Status peribadi anda dengan mudah – sekaligus melakukan perkongsian menarik bersama yang rakan-rakan lain.

Kemaskini baharu ini diperkenalkan secara berperingkat kepada semua bermula hari ini. Pada masa yang sama, WhatsApp turut berkongsi menyatakan WhatsApp Channels kini digunakan lebih 500 juta pengguna setiap bulan. Bagi anda sendiri, jangan lupa ikuti saluran seperti Amanz, Sukanz dan Cereka di WhatsApp Channel.

View Original Article