WhatsApp Diharamkan Daripada Peranti Kakitangan Dewan Perwakilan Amerika Syarikat

TechnologyDigital
24 Jun 2025 • 10:47 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Adalah WhatsApp selamat untuk digunakan? Meta mengatakan ya dengan terdapat ciri mengunci perbualan dengan biometri serta sandaran yang disulitkan dengan kata laluan. Sungguhpun begitu Dewan Perwakilan Amerika Syarikat telah mengharamkan kakitangan daripada memasang WhasApp pada peranti yang diberikan oleh kerajaan.

image is not available

Alasan yang diberikan disebabkan oleh kekurangan ketelusan daripada WhatsApp tentang kerangka kerja privasi dan keselamatan mereka. Kakitangan yang mencari aplikasi alternatif dibenarkan memasang Microsoft Teams, Wickr, Signal, iMessage atau FaceTime sebagai pengganti pada ketika ini.

Arahan pengharaman pemasangan WhatsApp ini adalah mirip yang diberikan pada tahun 2022 ke atas aplikasi TikTok juga atas sebab yang sama. Pengarah komunikasi Meta, Andy Stone telah mengeluarkan kenyataan di X yang mengatakan beliau sangat tidak bersetuju dengan arahan yang diberikan ini.