WhatsApp, Facebook dan Instagram Dihalang Di Rusia

WorldTechnology
12 Feb 2026 • 11:08 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Tiga platform media sosial milik Meta iaitu WhatsApp, Facebook dan Instagram kini telah dihalang akses secara rasmi di Rusia. Ketiga-tiga perkhidmatan dipadam daripada direktori Roskomnadzor yang menyelia perkhidmatan internet di negara tersebut. Tiada sebab diberikan tetapi kerajaan Rusia sedang berusaha memindahkan semua pengguna perkhidmatan luar untuk menggunakan aplikasi Max yang seakan WeChat tetapi untuk penduduk tempatan.

image is not available

Facebook dan Instagram kini hanya boleh diakses di Rusia menerusi VPN. WhatsApp pula mengesahkan mereka cuba dihalang pihak berkuasa Rusia dengan mereka sedang berusaha mengembalikan perkhidmatan dengan segera. Selain tiga aplikasi Meta, akses kepada YouTube turut dilaporkan terjejas sejak hari ini.

Rusia dalam proses mengharamkan media sosial serta aplikasi komunikasi negara luar yang didakwa mendatangkan risiko keselamatan, digunakan untuk tujuan keganasan dan menyebarkan agenda luar.

View Original Article