Saya tahu ramai di kalangan anda tidak mahu perbualan anda dirakam atau dibaca oleh pihak ketiga. Data yang dibaca boleh dijejak semula atau digunakan untuk latihan AI. Pagi ini Meta melancarkan Incognito Chat di WhatsApp dan aplikasi Meta AI. Menerusinya perbualan dengan Meta AI akan akan benar-benar peribadi serta tidak boleh dibaca oleh Meta.

Ia dibina menggunakan teknologi Private Processing, memastikan perbualan tidak dapat dilihat oleh sesiapa, termasuk Meta sendiri. WhatsApp menegaskan bahawa mereka tidak boleh membaca soalan atau jawapan dalam chat AI kerana semua mesej diproses dalam persekitaran selamat yang tidak boleh diakses Meta.
Semua perbualan tidak disimpan dan mesej hilang secara lalai. Ini berbeza dengan ciri pada chabot AI lain yang menyimpan sejarah perbualan untuk digunakan dalam perbualan seterusnya. Incognito Chat akan diperkenalkan secara berperingkat di WhatsApp dan aplikasi Meta AI dalam beberapa bulan akan datang.
