WhatsApp Kelak Boleh Tutup Prebiu URL Yang Dikongsi

TechnologyDigital
5 Apr 2024 • 3:27 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Terdapat banyak URL yang mencurigakan tetapi ramai masih mudah terpedaya. Antara sebab pautan bahaya ini dibuka adalah kerana tidak sengaja, sama ada ada dari prebiu kandungan URL atau URL mengguna warna berbeza dengan teks biasa. Perkongsian pautan melalui SMS telah pun dihalang oleh kerajaan. Sekarang scammer akan menggunakan RCS atau juga spam pada WhatsApp.

image is not available

Sebagai langkah keselamatan, WhatsApp kini menguji ciri mematikan prebiu URL yang dikongsi. Ciri ini tersedia pada bahagian Lindungi alamat IP ketika panggilan iaitu di Tetapan (Settings) > Privasi (Privacy) > Lanjutan (Advanced) dan pilih Nyahdayakan pratonton pautan (Disable link previews). Dalam cubaan saya, ciri ini walaupun sudah muncul pada peranti Android ia masih tidak berfungsi dengan sempurna. Ini mungkin kerana ia masih dalam peringkat ujian beta lagi.

image is not available

Jika anda seperti saya boleh berhati-hati daripada menekan pautan dalam aplikasi pemesejan, anda tidak perlu aktifkan ciri ini. Saya juga adalah seorang yang sukakan prebiu kandungan URL berbanding hanya teks berwarna biru yang bergaris di bawah. Anda pula bagaimana?

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved