WhatsApp kini ada ribuan reaksi emoji

Digital
12 Jul 2022 • 8:17 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Baru beberapa bulan lepas, WhatsApp mmeperkenalkan reaksi di dalam perbualan. Bagaimanapun, ia terhad kepada enam jenis emoji sahaja. Tidak lama lagi, semua pengguna WhatsApp mempunyai pilihan emoji yang jauh lebih banyak.

Pengasas Facebook (kini Meta), Mark Zuckerberg mengutuskan di Facebooknya bahawa WhatsApp kini sedang dikemaskini dengan kebolehan menggunakan mana-mana emoji sebagai reaksi. Dia juga berkongsikan bahawa emoji kegemarannya adalah image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Perkara ini disahkan lagi oleh WhatsApp menerusi media sosial rasminya. Semua emoji untuk reaksi boleh digunakan di WhatsApp sekarang. Tetapi ia akan dikemaskini kepada pengguna Android dan iOS secara berperingkat.

Dalam cubaan kami di beberapa peranti, reaksi emoji masih terhad kepada 6. Belum lagi dapat menggunakan reaksi emoji tanpa had.

image is not available
reaksi emoji di WhatsApp Desktop

Jika anda tidak tahu cara menggunakan reaksi emoji, ia sangat mudah. Di dalam peranti mudah alih, tekan lama-lama pada perbualan sehingga keluar pilihan emoji. Tekan pada emoji yang mahu dijadikan reaksi. Kalau di Web atau Desktop, terus ada pilihan di tepi perbualan untuk emoji.

[Sumber: The Verge]