WhatsApp kini benarkan penghantaran Foto dan Video dalam tetapan Kualiti HD secara lalai

Technology
20 Jun 2024 • 8:00 AM MYT
Harian Teknologi
Harian Teknologi

Berita Teknologi Terkini di Malaysia dan Dunia

image is not available
Imej dari Harian Teknologi

WhatsApp pada tahun lepas telah memperkenalkan pengguna untuk menghantar foto-foto dalam kualiti berdefinisi tinggi (high definition, HD) dengan mengekalkan resolusi asalnya pada pemampatan yang lebih rendah. Bagaimanapun, pengguna sebelum ini perlu memilih tetapan HD setiap kali ingin menghantar foto atau video kepada pengguna lain.

Kini, WhatsApp telah memperkenalkan pilihan baharu yang boleh menetapkan pilihan menghantar foto-foto dalam bentuk HD secara lalai.

Menurut konsultan media sosial Matt Navarra, pengguna iOS dan Android kini boleh menetapkan kualiti HD secara lalai untuk menghantar media-mdeia beresolusi tinggi melalui WhatsApp. Pilihan tersebut boleh diketemukan di dalam menu 'Storage and Data' di dalam tetapan WhatsApp.

Penghantaran foto dan video berdefinisi melalui WhatsApp

Image from: WhatsApp kini benarkan penghantaran Foto dan Video dalam tetapan Kualiti HD secara lalai
Imej dari Harian Teknologi

Sungguhpun kualiti 'Standard Definition (SD)' akan mengurangkan foto yang diambil dengan iPhone kepada 960 x 1280 piksel, kualiti HD akan mengekalkan resolusi asalnya pada 3024×4032 piksel. Pemampatan saiz media tersebut seperti biasa masih lagi dikekalkan, cuma tidak begitu ketara seperti kualiti SD sebelum ini.

Tahun lepas, WhatsApp juga memperkenalkan pilihan yang sama untuk penghantaran video. Apabila dihidupkan, WhatsApp akan menghantar video dalam resolusi 720p berbanding 480p. Resolusi tersebut masih lagi lebih rendah berbanding 1080p atau 4K, namun masih lagi lebih elok berbanding kualiti SD.

Pun begitu, penghantaran foto dan video pada resolusi tinggi ini boleh menyebabkan sesetengah pengguna yang menggunakan peranti berstoran rendah mengalami masalah storan cepat penuh disebabkan mesej-mesej pada WhatsApp.

WhatsApp ialah aplikasi pemesejan percuma yang sangat popular di seluruh dunia, dengan lebih daripada 2 bilion pengguna aktif. Aplikasi ini membolehkan anda menghantar mesej teks, membuat panggilan suara dan video, serta berkongsi gambar, video, dan fail lain melalui sambungan internet. WhatsApp tersedia untuk pelbagai platform termasuk iOS, Android, dan komputer peribadi.

Ia juga sangat mudah digunakan. Untuk memulakan, anda hanya perlu memuat turun aplikasi dari kedai aplikasi telefon anda, memasang dan mendaftar menggunakan nombor telefon anda. Selepas itu, anda boleh mula menambah kenalan dan berkomunikasi dengan mereka melalui pelbagai ciri yang disediakan. WhatsApp juga menyokong mesej berkumpulan, yang memudahkan anda berkomunikasi dengan beberapa orang serentak.

Sumber daripada Harian Teknologi


Harian Teknologi adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi Newswav.