WhatsApp Kini Mempunyai Lebih 2 Bilion Pengguna Aktif Harian

TechnologyDigital
27 Oct 2022 • 11:28 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Mark Zuckerberg hari ini berkongsi beberapa perkembangan syarikat Meta, dan turut menyentuh berkenaan pengguna aktif pada platform mereka.

Menariknya, untuk bulan ini, Meta mencatatkan pencapaian terbaru, apabila aplikasi permesejan mereka, WhatsApp kini digunakan oleh lebih 2 bilion pengguna aktif setiap hari.

WhatsApp sendiri telah mula berevolusi kebelakangan ini, dengan integrasi WhatsApp Communities, sokongan untuk WhatsApp Groups bersaiz besar, serta kemudahan untuk panggilan video dengan lebih ramai orang.

Aplikasi permesejan tersebut juga agak aktif dalam memperkenalkan ciri-ciri baharu – tanpa menganggu pengalaman utama, iaitu permesejan.

Dengan angka terbaru ini juga, kita mungkin melihat Meta memfokuskan lebih kepada WhatsApp Business dalam mencapai keuntungan melalui aplikasi tersebut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved